Sumpah Pulau Tawar mengisahkan perjuangan nasionalis Melayu Pahang menentang penjajahan Inggeris. Penentangan ini timbul apabila pihak Inggeris menguasai lombong emas di Sungai Penjam, dan mereka cuba pula mengusir Sultan secara halus.
Para pejuangMoreSumpah Pulau Tawar mengisahkan perjuangan nasionalis Melayu Pahang menentang penjajahan Inggeris. Penentangan ini timbul apabila pihak Inggeris menguasai lombong emas di Sungai Penjam, dan mereka cuba pula mengusir Sultan secara halus. Para pejuang Melayu yang diketuai oleh Mat Kilau terpaksa menghadapi beberapa cabaran dan rintangan dalam mempertahankan bumi mereka daripada dikuasai Inggeris - antaranya ialah sikap pahlawan dan penduduk Melayu sendiri yang menjadi pembelot dan tali barut Inggeris. Beberapa kali pejuang Melayu in terpaksa berpindah dan berundir bukan - kerana mengalah, tetapi untuk mengatur strategi.
Akhirnya setelah bertempur dengan kekuatan Inggeris yang begitu besar, mereka terpaksa berundur dan berkumpul di Kuala Ampur, Hulu Kelantan. Di situlah mereka mengatur gerakan dan terus berjuang menyelamatkan bumi Pahang. Sumpah Pulau Tawar cukup berkesan, sarat dengan falsafah hidup pejuang-pejuang Melayu. Mengikuti kisah ini bukan sahaja dapat mengetahui sejarahnya, tetapi banyak pengajaran yang diperoleh daripada kesan dan nilai yang terkandung dalam ceritanya.-Novel Remaja-